My Story

Assalamualaikum dan hai! Saya Ridzuan Richie. Terima kasih kerana melawat laman web peribadi saya. Halaman ini merangkumi kisah saya HAMPIR 15 TAHUN menjana pendapatan menerusi internet tanpa memerlukan populariti.

Believe it!

Saya yakin semua orang turut mempunyai peluang yang sama. Semoga kisah saya boleh memberikan inspirasi kepada semua orang terutamanya golongan belia dan juga mereka yang tidak pernah putus asa.

Anda dah pernah dapat keuntungan wang ringgit menerusi internet? Jangan bazirkan masa anda dengan hanya menjadikan medium internet ni sebagai tempat bersuka ria saja. Gunakan internet ini sebaik-baiknya! Biar sampai boleh dapat jana beribu-ribu ringgit daripada komputer dengan sambungan internet anda.

Jangan jadikan alasan tiada masa untuk belajar, tiada modal dan takut-takut nak cuba perniagaan internet ni. Anda tahu itu semua hanya alasan! Alasan! Alasan anda sendiri saja! Budak sekolah yang belum habis SPM lagi pun dah berjaya dapat keuntungan sehingga RM1,000 daripada internet, takkan anda nak tengok saja.

 

Saya yakin anda sendiri pun sudah tahu ramai yang sudah berjaya mengaut keuntungan yang banyak menerusi internet. Anda pula bila lagi ingin bermula? Kalau anda sudah mempunyai perniagaan sendiri, saya cadangkan anda perkembangkan lagi perniagaan anda menerusi internet.

Saya ingin kongsikan dengan anda PENGALAMAN SAYA SELAMA 8 TAHUN dengan internet @ online marketing.

Kalau anda tidak mempunyai sebarang perniagaan lagi…

  • Perniagaan internet kosnya sangat rendah!
  • Tidak perlu buat pinjaman bank untuk mulakan perniagaan internet
  • Tidak perlukan sebarang premis perniagaan seperti kedai mahupun kiosk
  • Boleh diuruskan walau dimana jua anda berada!
  • Keuntungan tinggi kerana kurang kos pengendalian
  • Beratus-ratus pelanggan boleh jenguk perniagaan anda dalam masa 30 minit!
  • Pelanggan boleh jenguk perniagaan anda walaupun mereka jauh di negeri lain
  • Anda boleh menjual dan menawarkan pelbagai jenis produk dan servis dalam tempoh yang sama

Jadi saya nak tanya anda satu soalan cepumas ni. Jika anda sekarang bersituasi sebagai seorang kakitangan kerajaan ataupun swasta bergaji RM2,500 sebulan, cukupkah nak menampung perbelanjaan ahli keluarga anda? Sudah semestinya tidak!

Jikalau anda ingin bermula untuk menjalankan perniagaan untuk mencari pendapatan sampingan, mana satu pilihan anda? Adakah anda akan buat pinjaman bank sebanyak puluhan ribu ringgit yang tidak tahu bila akan anda dapat keuntungannya? Ataupun anda bermula dengan berniaga secara online dengan kos yang sangat rendah lagi rendah daripada harga kasut kulit kerja anda?

Saya tidak nafikan buka kedai dan berniaga seperti kebiasaan juga boleh mendapatkan keuntungan. Tapi saya yakin ramai yang tidak berkemampuan untuk membuka premis perniagaan malahan ada yang takut untuk membuat pinjaman bank. Kita nak selesaikan hutang, bukannya cari hutang lagi! Betul kan?

Saya juga dahulunya tidak tahu langsung bagaimana ingin mencipta pendapatan yang lumayan di internet. Tapi saya nekad untuk belajar dan kaji cara-cara untuk berniaga secara online. Mungin ketika itu situasi saya seorang anak tunggal kepada seorang ibu tunggal tidaklah begitu menyenangkan.

Sedikit demi sedikit saya tempuh laluan untuk menjadi usahawan internet yang berjaya. Sememangnya bermula daripada kosong ‘0’ itu suatu pengalaman yang manis dan saya nampak dan rasai sendiri perubahan diri saya.

 

Saya berjaya buat duit daripada blog!

Saya pernah berkongsi dengan pembaca akhbar Berita Harian bagaimana saya buat duit daripada blog sejak TAHUN 2008.

Jualan ebook saya mencecah RM10,000 pada bulan pertama!

Kejayaan Ebook Panduan Cinta Untuk Wanita adalah antara pengalaman manis saya. Tidak sangka kehebatan perniagaan ebook boleh mengaut keuntungan yang begitu banyak.

Saya antara speaker dalam Workshop Mania dianjurkan Ammar Zahar!

Seronok saya berkongsi cerita detik-detik permulaan saya dalam perniagaan internet. Pada mulanya memang rumit sebab kita tak pernah buat, tapi bila dah kita amalkan, semuanya MUDAH!

Pada tahun 2011 saya peroleh RM50,000 daripada salah SATU sumber income saya!

Berbekalkan ilmu ‘internet marketing’ saya, saya telah menceburi bidang network marketing dan saya guna teknik saya sendiri. Alhamdulillah dengan bantuan internet, semuanya menjadi mudah!

Saya Jana Pendapatan Sebanyak RM28,528.20 Dalam Masa 2 BULAN!

Ini adalah pendapatan saya dengan Smart Naco yang saya sertai pada 13 Disember 2012. Sejak dari tarikh itu sehingga 22 Februari 2013 saya berjaya memperoleh sebanyak RM28,528.20!

Kalau saya bekerja makan gaji dengan gaji RM4,000 sebulan, maknanya jumlah tersebut adalah untuk 7 bulan gaji. Walhal saya setup website dan sistem saya hanya dalam masa seminggu sahaja.

Raih Keuntungan Sebanyak USD230,000 Dalam Masa 2 TAHUN!

Best tak kalau dalam tempoh 2 TAHUN saya berjaya raih KOMISYEN sebanyak USD230,000. Banyak kan? Lebih kurang lebih daripada RM860,000 jika dikira RM4.00 setiap USD.

USD22,950 + USD179,000 + USD2,232 + USD26,160 = USD230,000

OD Capital adalah sumber pendapatan TERBESAR saya melalui internet. Saya tetap guna teknik yang sama untuk mendapatkan pendapatan pasif melalui OD Capital secara online sahaja.

Nak Raih Komisyen RM3,000 – RM4,000 Seminggu? PALING BEST!

Apabila anda sudah menguasai ilmu-ilmu online marketing, sumber pendapatan melalui platform affiliate sebegini tidak lagi susah untuk anda. Bayangkan anda tidak tidak perlu pegang stok, tidak perlu kos yang besar dan KOMISYEN anda sangat LUMAYAN.

Malah anda pasaran anda jauh lebih luas daripada Malaysia dan anda tidak perlu bersaing dengan peniaga-peniaga Malaysia yang lain. Kan best kalau anda modalkan RM400 untuk advertising, tapi pendapatan anda boleh mencecah RM1,000 – RM4,000.

Jom Banyakkan Wang Simpanan Anda Dalam USD!

Jana pendapatan harian @ mingguan anda dalam USD dan berbelanja dalam RM! Saya rasa semua ada akaun Paypal, tetapi jika anda belum ada akaun Paypal itu tak menjadi masalah pun. Sekejap saja nak buka akaun Paypal ni.

Apa yang penting anda sudah ada sumber pendapatan yang kukuh, selain daripada pendapatan tetap anda daripada pekerjaan masing-masing. Semua ini boleh dilakukan walaupun secara Part-time, ianya tidak mengganggu waktu kerja anda pun. Anda hanya perlu luangkan masa 1 – 2 jam sehari pun cukup.

Best kan?
Sebenarnya saya ada  beberapa lagi sumber pendapatan kecil-kecilan yang lain daripada produk runcit. Namun semuanya secara online dan saya hanya perlu setup sekali saja dan biarkan sistem saya berjalan lancar.

Perniagaan Internet hadiahkan saya TIGA buah kereta!

Memang sukar untuk saya membeli KERETA PERTAMA saya memandangkan keadaan kewangan dan keluarga saya. Saya membeli kereta pertama saya, Proton Persona pada umur 22 tahun. 

Pada umur 23 tahun pula saya membeli lagi sebuah kereta idaman saya iaitu Mitsubishi Lancer Sportback. Saya bersyukur kerana internet banyak membantu saya. Orang lain sibuk bersuka ria, saya betul-betul buat duit melalui internet!

Kereta pertama dalam hidup saya tengah dicuci bersih licin halus mulus :p
Ini adalah kereta kedua saya! Sakit nak membayor nye! Nasib baik ada INTERNET!

Saya bersyukur sangat kerana saya juga berjaya memiliki kereta idaman saya yang sudah lama saya impikan. Saya tahu ada yang lagi hebat namun dapat merasa ini pun saya dah puas hati sangat.

Umrah bersama isteri tercinta 🙂
Sudah berkahwin guna pendapatan internet! Bercuti di United Kingdom 🙂
White City, London
Milan, Italy
Interlaken, Switzerland
Paris, France
Interlaken, Switzerland
Malaga, Spain
France
Old Trafford, Manchester
Stadium San Siro, Milan Italy
Amsterdam, Belanda
Menaiki Celebrity X Cruise dari Miami ke Mexico
Sebelum turun ke Mexico
Key West, Florida
Victoria Peak, Hong Kong

Minta maaf sebab banyak share gambar bercuti kerana saya sangat suka bercuti. Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan. Saya banyak menimba ilmu dengan rakan-rakan luar negara dan sentiasa ambil tahu mengenai apa-apa peluang perniagaan untuk saya ceburi.

Saya Tolak Gaji Basic RM4,300 Sebulan!

Walaupun saya hanya seorang lepasan Foundation in Business Administration dan sekadar mempunyai sijil SPM & asasi ini tetapi berbekalkan ilmu internet marketing saya telah menolak tawaran jawatan yang bergaji RM4,300 sebulan!

Saya ditawarkan bekerja sebagai Senior Executive for Online Marketing department di syarikat P1 Wimax beroperasi dan saya hanya bekerja di sana selama SEBULAN SETENGAH SAJA! Hahahaha!

Saya tidak sanggup bekerja makan gaji, saya RESIGN  secepat mungkin. Dapatlah jugak merasa gaji bulanan. Hehehehe!

Mana boleh tahan, hari-hari menghadap jam, pergi kerja traffic jam, balik kerja traffic jam lagi, tambahan pula office saya ketika itu di tengah-tengah Federal Highway! Memang masak!!!!

Nampak memang banyak gaji tu, namun saya yakin perniagaan internet boleh beri pulangan yang lebih banyak daripada nilai gaji tersebut.

Sekarang anda yang perlu buat pilihan! Ini adalah pilihan anda untuk masa depan anda dan keluarga anda sendiri! Saya sudah pun mencapai apa yang saya inginkan dan hajatkan untuk diri saya dan keluarga saya yang tersayang.

Saya sudah buktikan yang saya memang boleh jadi SOMEBODY dengan bantuan internet. Sememangnya saya sangat-sangat berterima kasih individu yang mewujudkan INTERNETini. Kalau tiada internet, kehidupan saya tidak akan berubah sepantas ini.

Saya TIDAK PAKSA anda untuk turut serta bersama saya! Apa yang penting sekali mesej saya dapat disampaikan kepada anda dan anda faham. Kini anda sudah tahu, ada insan kerdil yang berasal daripada Seremban berjaya menjana pendapatan di internet dengan pelbagai sumber!

Mungkin saya tidak boleh bantu anda atau anda tidak mempunyai masa kerana terlalu sibuk. Tapi tidak salahnya anda syorkan anak-anak anda atau ahli keluarga anda yang lain mengenai peluang yang sangat luas di internet!